Melakukan senaman sangat menyeronokkan, tetapi yang peritnya, adalah apabila badan menjadi sakit setelah bersenam.
Sakit sengal-sengal otot yang dirasai ketika satu atau dua hari selepas bersenam boleh memberi kesan kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira tahap kecergasan anda.
BAGAIMANA CARA UNTUK HILANGKAN SAKIT BADAN SELEPAS BERSENAM?
1) Minum air secukupnya.
- Dehidrasi adalah salah satu penghalang pemulihan otot.
- Untuk mengepam otot yang rosak, badan anda memerlukan cecair badan yang cukup.
- Sentiasa minum air seteguk bagi setiap 15 hingga 20 minit semasa bersenam. Dengan langkah ini, kesakitan anda akan cepat beransur hilang.
2) Pemanasan badan (Warm up).
- Ambil masa 10 hingga 15 minit untuk melakukan aktiviti pemanasan badan sebelum bersenam dengan melakukan senaman yang mudah aerobik (berjoging perlahan atau berjalan pantas), diikuti dengan aktiviti regangan.
- Pastikan anda benar-benar merasa pengaliran darah laju dan panas untuk memastikan anda mampu mendapatkan bekalan oksigen yang mencukupi daripada aliran darah ke dalam otot anda semasa berlatih.
- Otot juga perlu menjadi panas, terutamanya dalam cuaca sejuk, supaya otot lebih fleksibel untuk proses mengecut dan merenggang semasa senaman.
3) Penyejukan badan (cool down).
- Pada penghujung latihan anda, anda harus memperlahankan senaman anda dan melakukan senaman renganga, dan bukannya berhenti secara mengejut.
- Cool down boleh membantu mencegah pengumpulan sisa cecair di dalam otot dan sendi dan mengelakkan sengal otot.
- Tambahan pula, cooling down 10 hingga 15 minit akan membantu anda mencapai pernafasan seperti biasa.
4) Letak ais.
- Ais dapat mengurangkan bengkak dan mampu mengatasi rasa sakit untuk sementara waktu.
Bersenam Tu Bersenam Juga, Elak Ini Kalau Tak Nak Menyesal.
Jangan menjadikan budaya aktif bersenam menjadi masalah utama sakit anda. Senaman bagus untuk kita, tetapi mestilah mengikut kaedah yang betul. Jangan main bedal je. Semoga info ini bermanfaat untuk anda.
Baca juga: Apa Perlu Buat Apabila Mengalami Kecederaan ACL?, Macam mana nak rawat jika terkena kekejangan otot?,