fbpx Skip to main content
Rawatan Fisioterapi kepada perkembangan kanak-kanak

Gambar 1 : Rawatan Fisioterapi Kepada Perkembangan Lambat Kanak-Kanak.

Perkembangan Lambat Kanak-Kanak

Perkembangan lambat atau perlahan bagi kanak-kanak dan bayi berkait rapat dengan masalah seperti cerebral palsy, Down Syndrome, autisme, kecederaan otak, dystrophies otot, atau sindrom/syarat kongenital yang lain.

Bayi dan kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lambat/perlahan untuk mencapai sesuatu pergerakan normal mereka mengikut umur yang sepatutnya, misalnya: bayi yang lambat belajar duduk, merangkak atau berjalan.

regangan otot yang tidak normal dan otot-otot yang lemah

Gambar 2 : Regangan otot yang tidak normal dan otot-otot yang lemah.

  • Fisioterapi memberi fokus dalam masalah fizikal. Antara masalah fizikal yang akan ditangani oleh fisioterapi disebabkan kecederaan otak traumatik adalah:

    • Keregangan otot tidak normal: Keregangan otot tinggi ( hipertonia) atau keregangan otot rendah (hipotonia)
    • Kelemahan otot: Boleh berlaku pada satu atau kedua-dua bahagian badan
    • Masalah koordinasi: Ataxia, dyspraxia, dyskinesia, atau pengurangan kawalan motor
    • Masalah keseimbangan dan vestibular: Kerap jatuh atau berasa pening
    • Kelewatan dalam pencapaian perkembangan motor kasar seperti merangkak. duduk, berdiri dan berjalan
menggunakan mainan kegemaran untuk menggalakkan pergerakan

Gambar 3 : Menggunakan mainan kegemaran untuk menggalakkan pergerakan.

Rawatan Fisioterapi

Bagi melakukan rawatan, ahli fisioterapi mesti bekerjasama dengan ibu bapa, ahli keluarga dan ahli professional kesihatan yang lain bagi mencapai matlamat rawatan. Contoh aktiviti yang dilakukan dalam fisioterapi:

  • Menggunakan mainan kegemaran untuk menggalakkan anak bergerak dengan corak normal.
  • Senaman regangan untuk mengurangkan ketegangan otot supaya anak boleh bergerak dengan lebih mudah.
  • Latihan keseimbangan dengan menggunakan bola gym (duduk atau baring atas bola) atau duduk di atas buaian.
  • Latihan pernafasan dan cara batuk sekiranya mempunyai paru-paru yang lemah atau mempunyai kahak yang banyak.
  • Senaman untuk menguatkan otot dengan menggalakkan anak merangkak komando, memanjat monkey bar, menarik tali, naik turun tangga, berjalan atas permukaan tidak rata atau menggunakan bola gym.
  • Memberi nasihat dan panduan tentang posisi baring, duduk dan berdiri yang betul.
  • Memberi nasihat dan mengajar cara menggunakan alat bantuan berjalan sekiranya perlu.
  • Aktiviti koordinasi seperti membaling bola ke sasaran, melompat dari satu gelung hula

*Sila rujuk pada ahli fisioterapi untuk cadangan aktiviti yang sesuai dengan keperluan anak anda.

 

Baca Juga: Kanak-Kanak Palsi Serebrum, Jom Baca Dulu Apa Itu Sindrom Down, Macam Mana Nak Rawat Jika Kaki Anak Saya CTEV?

Leave a Reply