fbpx Skip to main content

Apa itu Text Neck Syndrome?

sakit leher
Gambar 1: Awas, Tabiat Menunduk Semasa Guna Smartphone Bahaya.

Text Neck Syndrome adalah merupakan masalah sakit pada leher serta kecederaan pada struktur leher akibat aktiviti menunduk pada jangka masa yang lama.

Penggunaan telefon bimbit atau gajet mudah alih dengan menunduk pada waktu yang lama akan menyebabkan postur badan akan berubah seperti membongkok.

Menunduk terlalu lama akan memberi impak pada tulang leher dan tulang belakang.

Jika anda menunduk sebabyak 15 degree, otot leher anda akan menampung beban sebanyak 27 pound (12kg), jika menunduk 30 degree sebanyak 40 pound (18kg), jika anda menunduk 45 degree sebanyak 49 pound (22kg) dan jika anda menunduk 60 degree sebanyak 60 pound (27kg) beban pada otot leher.

Text Neck Syndrome akan menyebabkan pesakit mengalami :

  • Sakit leher;  seperti lenguh, sakit mencucuk
  • Leher kaku; otot pada bahagian leher serta bahu akan mengeras
  • Kebas tangan; kebas tangan dan jari disebabkan saraf cervical terhimpit
  • Otot lemah, otot bahu dan leher akan lemah
  • Sakit kepala; disebabkan otot ‘sub occipital’ tegang

Bagaimana cara mencegah Text Neck

  • Pegang gadget anda pada posisi yang tinggi. Angkat sehingga sampai pada ketinggian sejajar dengan mata agar tidak menunduk terlalu lama
  • Jangan guna gadget terlalu lama. Ambil masa untuk berehat seketika jangan biarkan otot leher menjadi tegang.
  • Lakukan Peregangan leher.

Cara untuk mengurangkan sakit leher :

1. Senaman regangan otot leher

sakit otot leher

Senaman regangan otot leher untuk meregangkan otot leher serta untuk meningkatkan lagi peredaran darah.

2. Urutan leher

urutan untuk sakit leher

Urutan pada otot yang tegang dapat melegakan ketegangan otot & sakit leher.

3. Pek haba panas

rawatan sakit leher

Untuk meningkatkan kadar pengaliran darah serta melembutkan otot tegang di leher.

4. Penggunaan bantal yang betul

solution sakit leher

Penjagaan postur ketika tidur, pastikan tilam & bantal mengikut kesesuaian pesakit

5. Rawatan Fisioterapi

rawatan fisioterapi

Rawatan fisioterapi untuk masalah sakit, jurupulih perubatan mampu membantu anda untuk menyelesaikan masalah sakit leher untuk mengelakkan sendi serta otot makin mengeras.

Cuba lakukan pencegahan dari awal supaya tidak berlaku sakit yang serius. Jangan ditanggung sakit itu terlalu lama, takut sakit itu menjadi semakin teruk. Kalau sakit anda serius segera dapatkan nasihat pakar atau anda boleh hubungi kami.

#fisioterapi#flex_fisioterapi_kelantan#flex_fisioterapi_terengganu#flex_fisioterapi_pahang

#flex_fisioterapi_kota_bharu#flex_fisioterapi_kuala_terengganu#flex_fisioterapi_kuantan

#fisioterapi_kelantan#fisioterapi_terengganu#fisioterapi_pahang#fisioterapi_kota_bharu

#fisioterapi_kuala_terengganu#fisioterapi_kuantan

 

BACA JUGA: 

Aduhh! Kenapa Aku Selalu Sakit Leher Ni!

[Kerja Bertimbum Tapi Sakit Leher Pula]

Leave a Reply