Apa itu Wax Therapy?
- Lilin paraffin ini berasaskan petroleum dan dicampurkan dengan bahan asli yang lain untuk menghasilkan lilin yang sesuai dan tidak memberi kesan allergik kepada pesakit.
- Keadah perawatan menggunakan lilin ini sudah digunakan berabad lalu dalam bidang kesihatan .
- Ianya digunakan sebagai salah satu rawatan haba untuk merawat masalah seperti sakit arthritis, keradangan, ketegangan, kekejangan otot, dan banyak lagi.
Manfaat ‘Wax Therapy’
Wax Therapy ini digunakan untuk merawat pelbagai masalah sendi dan otot, contohnya arthritis, sendi keras, dan kejang otot.
Selain itu ianya juga dapat melancarkan peredaran darah di kawasan yang sakit, membantu merelaks kan otot,mengurangkan sakit dan juga kebas-kebas pada tangan atau kaki.
Antara contoh masalah sendi/ otot yang boleh menggunakan terapi lilin ini adalah :
- Carpal Tunnel Syndrome
- Finger Fracture
- Osteoarthritis
- Rheumatoid Arthritis
- Dupytren’s contracture (otot mengeras)
- Joint Stiffness (kekakuan sendi)
Panaskan & Celup
- Pertama, cairkan lilin parafin untuk jadikan cecair.
- Panaskan lilin selama 60 minit.
- Setelah ketulan lilin sudah cair, turunkan suhu di tahap paling rendah.
- Kemudian, celupkan tangan atau kaki ke dalam lilin parafin sebanyak 5-6 kali sahaja (bergantung kepada pesakit)
Balut & Buang
- Balut bahagian tangan atau kaki yang sudah dicelup dengan plastik dan juga kain bagi mengelakkan haba terkeluar.
- Tunggu selama 10 minit sehingga lilin tersebut menjadi keras.
- Selepas itu, Terapis akan cabut lilin yang melekat dan buang lilin tersebut selepas digunakan.