fbpx Skip to main content

Pernahkah anda mendengar lutut anda berbunyi setiap kali anda membengkokkan lutut atau ketika berjalan? Jika berlaku dengan kerap dan diiringi dengan kesakitan pada lutut, mungkin anda mempunyai masalah sakit lutut. 

Sakit lutut boleh berlaku daripada kecederaan pada lutut atau jika anda terlibat dalam kemalangan. Kecederaan pada lutut boleh diatasi dengan pelbagai cara. Teruskan membaca untuk ketahui simptom, punca dan cara untuk merawat masalah sakit lutut anda. 

Apakah Simptom Masalah Sakit Lutut?

sakit lutut

Sakit lutut boleh dikesan berdasarkan beberapa simptom seperti:

  • Lutut berbunyi  

Jika anda mendapati lutut anda berbunyi ketika berjalan atau ketika dibengkokkan, anda mungkin perlu periksa keadaan lutut anda. 

Kondisi lutut berbunyi biasa berlaku kepada lutut yang mengalami ostheoarthritis iaitu satu proses kemerosotan pada tisu di bahagian sendi. 

Golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat osteoarthritis adalah golongan yang sudah berumur, atlet atau pesakit obesiti. 

  • Lebam

sakit lutut lebam

Kalau anda baru lepas jatuh atau dipukul di bahagian lutut, anda boleh mendapati terdapat lebam di bahagian lutut. 

Lebam pada lutut boleh juga berlaku jika tulang di bahagian lutut patah.

  • Lutut lemah dan kurang stabil 

Kebiasaannya, lutut yang mengalami kecederaan pada ligamen (anterior cruciate ligament tear) boleh menyebabkan lutut terasa lemah dan kurang stabil. 

Fungsi ligamen adalah menstabilkan sendi supaya pergerakan sendi dapat berlaku dengan normal. 

Jika ligamen terputus atau tercedera, ia boleh menyebabkan anda hilang kestabilan terutamanya jika sendi tersebut digunakan. 

Ketahui Punca-punca Utama Sakit Lutut

punca sakit lutut

Banyak sebab yang boleh menjadi punca kepada masalah sakit lutut seperti: 

  •  Gaya hidup 

masalah berat badan

Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti, masalah lutut merupakan salah satu yang anda akan hadapi. 

Selain itu, jika anda kurang bersenam dan kurang menggunakan lutut anda, bahagian otot menjadi lemah maka anda lebih cenderung untuk cedera. 

Main sukan yang menggunakan lutut secara tiba-tiba setelah lama tidak bersenam turut boleh menyebabkan kecederaan pada lutut dan sendi lain. 

Hal ini kerana kekuatan otot anda tidak bersesuaian dengan aktiviti yang anda lakukan dan ia tidak mampu menstabilkan sendiri ketika anda bersenam. 

Selain itu, sukan tertentu juga boleh meningkatkan risiko sakit lutut seperti bola sepak, bola keranjang, futsal dan sukan lain yang banyak menggunakan sendi lutut. 

Sejarah kecederaan lutut pada waktu lalu turut boleh meningkatkan risiko sakit lutut. 

  • Kecederaan lutut

kecederaan lutut

Kecederaan lutut boleh berlaku apabila melakukan aktiviti sukan atau jika terlibat dalam kemalangan. 

Antara kecederaan yang melibatkan lutut yang kerap berlaku adalah kecederaan ‘anterior cruciate ligament’ (ACL) yang sering berlaku semasa bersukan. 

Tulang lutut turut boleh mengalami kecederaan jika anda terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan tulang patah atau retak. 

Selain itu, salah satu punya sakit lutut adalah koyak pada tisu meniscus iaitu tisu rawan di sendi lutut terkoyak yang boleh berlaku ketika bersukan. 

Keradangan tendon turut boleh menyebabkan sakit lutut di mana tisu yang bersambung daripada tulang ke otot mengalami tekanan dan menyebabkan keradangan. 

  • Radang sendi (arthritis)

Arthritis bukanlah satu jenis sahaja tetapi terdapat juga rheumatoid arthritis, gout, septic arthritis dan osteoarthritis. 

Kebanyakan keradangan sendi berlaku kepada mereka yang sudah berumur kerana cecair synovial iaitu cecair pelincir di antara tulang semakin berkurangan.

Geseran tersebut boleh menyebabkan kerosakan pada tisu sekeliling dan menimbulkan keradangan. 

Cara-cara Untuk Merawat Sakit Lutut

cara merawat sakit lutut

Sakit lutut yang ringan atau sederhana boleh dirawat di rumah dan terdapat banyak cara untuk mengatasinya seperti: 

  • Pad panas dan sejuk 

pad panas sejuk

Antara cara yang mudah dan cepat bagi melegakan sakit lutut adalah menggunakan pad panas atau sejuk.

Pad panas boleh membantu sendi lutut anda daripada menjadi kaku atau keras manakala pad sejuk boleh mengurangkan sakit dan bengkak. 

Jika anda mengalami kecederaan pada lutut, gunakan kedua secara berselang-seli dalam 24 jam selepas mengalami kecederaan. 

  • Teknik ‘RICE’

RICE merupakan akronim kepada: 

R = rest. Rehatkan lutut anda dan hentikan pergerakan buat sementara waktu. 

I = ice. 

rawatan lutut

Letakkan ais pada lutut anda untuk mengurangkan bengkak dan keradangan. 

C = compression. 

rawatan sakit kaki

Berikan sedikit tekanan seperti dengan membalut dengan pembalut bagi mengurangkan bengkak dan sakit. 

E = elevation. Pastikan kaki anda berada pada aras yang lebih tinggi untuk mengurangkan aliran darah supaya bengkak akan surut dengan lebih cepat.

  • Senaman dan kurangkan berat badan

senaman kurang berat badan

Senaman berkala boleh membantu mengelakkan daripada sendi lutut menjadi kaku dan keras, sesuai untuk pesakit arthritis. 

Walaupun mungkin akan mengalami kesakitan, membiarkan lutut tidak bergerak untuk jangka masa yang lama bukanlah sesuatu yang bagus. 

Bukan itu sahaja, jika berat badan anda berlebihan, ia akan memberikan tekanan pada lutut maka cara yang berkesan untuk mengurangkan sakit lutut adalah mengurangkan berat badan anda. 

  • Penggunaan knee support/ knee braces

knee support sakit lutut

Cara merawat yang seterusnya adalah dengan menggunakan knee support. 

Ia merupakan sebuah alat sukan yang bertujuan untuk melindungi lutut anda daripada sebarang kecederaan. 

Buat pengetahuan anda, knee support diperbuat daripada pelbagai jenis material. Antaranya ialah besi, bahan elastik, foam dan sebagainya. 

Selain itu, knee support mempunyai 4 jenis yang berbeza iaitu:

  • Functional knee braces 

Jenis ini berfungsi untuk melindungi serta memulihkan anggota lutut yang pernah cedera. Ia bertujuan untuk menstabilkan pergerakan lutut ketika bergerak. 

  • Prophylactic knee braces

Seterusnya, Prophylactic biasanya digunakan oleh para atlet seperti pemain bola sepak. 

Ini bertujuan untuk melindungi bahagian lutut daripada mengalami kecederaan serius ketika melakukan aktiviti sukan. 

  • Patellofemoral knee braces

Yang terakhir ialah Patellofemoral knee braces yang digunakan dalam merawat masalah lutut. 

Namun begitu, ia hanya mampu merawat secara minimum dan tidak memberi apa-apa kesan sampingan kepada si pemakai.

  • Rehabilitative knee braces 

Rehabilitative knee braces bertujuan untuk menghadkan pergerakan lutut yang berbahaya. 

Kebiasaannya, ia dipakai oleh para atlet yang sedang dalam rehabilitation, surgeri lutut mahupun mengalami kecederaan semasa. 

  • Dapatkan rawatan fisioterapi

rawatan fisioterapi

Rawatan fisioterapi bukannya sesuatu yang anda dapatkan hanya jika anda menghidapi masalah sakit lutut yang kronik. 

Anda turut boleh mendapatkan rawatan fisioterapi jika anda mempunyai sakit-sakit sendi biasa. 

Rawatan fisioterapi adalah yang terbaik untuk anda kerana ianya dilakukan oleh ahli fisioterapi yang terlatih.

Baca Juga: 5 Langkah Awal Selepas Kecederaan Sukan, Sakit Tulang Tibia atau Tulang Keting?

Leave a Reply