fbpx Skip to main content

Sejak akhir-akhir ni, semakin tular di media massa berkenaan dengan video orang buat chiropractic yang ada bunyi KRUK -KRAK..

Eh apa tu video kruk krak? Ala yang adjust tulang tu la. Kita yang dengar sekali pun macam lega kan, tapi nampak seram.

physiotherapy vs chiropractic

Okay baik, kat sini saya nak jelaskan berkenaan dengan perbezaan Physiotherapy dan Chiropractic ni.

Jom, baca sampai habis ya.

PENGENALAN PHYSIOTHERAPY

Fisioterapi, adalah salah satu daripada BAHAGIAN Sains Kesihatan Bersekutu  (dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia) yang menggunakan Teknik rawatan terapi manual, terapi senaman, dan elektroterapi bagi megembalikan fungsi dan pergerakan badan ke tahap optimum.

Ahli fisioterapi merawat pelbagai jenis masalah sakit seperti stroke, sakit belakang, sakit bahu, sakit lutut, kecederaan sukan dan masalah kanak-kanak. Tujuan utama fisioterapi adalah untuk mengembalikan fungsi fizikal pesakit seperti sedia kala.

fisioterapiFisioterapi membantu pesakit:

  • Mengurangkan kesakitan
  • Mendapatkan semula fungsi sendi yang normal
  • Membantu atlet untuk kembali kepada sukan selepas mengalami kecederaan
  • Merangka rehabilitasi selepas pembedahan
  • Mendapatkan penilaian biomekanik dan ergonomik yang lengkap
  • Mempraktikkan senaman yang bersesuaian
  • Memberikan nasihat mengenai postur badan

Haa jelas tak pasal fisioterapi ni?

PENGENALAN CHIROPRACTIC

lain physiotherapy dan chiropractic

Kiropraktik (chiropractic) pula adalah satu rawatan bagi merawat masalah dengan sistem muskuloskeletal.

SIAPAKAH ITU KIROPRAKTOR?

Kiropraktor yang bertauliah perlu mempelajari kursus kiropraktik yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan (di Malaysia) dan Majlis Pendidikan Kiropraktik di peringkat antarabangsa.

Ahli kiropraktor akan menggunakan tangan mereka untuk merawat tulang belakang dan sendi-sendi berhampiran bagi memeriksa dan merawat keadaan kesihatan yang berkaitan dengan tulang, otot dan sendi (masalah muskuloskeletal).

Baca juga : KISAH CHIROPRACTIC

PERBEZAAN PHYSIOTHERAPY & CHIROPRACTIC

Fisioterapi menawarkan juga rawatan joint mobilization, untuk semua sendi seperti tulang belakang, bahu, leher, lutut dan sebagainya. Cuma yang berbeza dengan chiropractic adalah dari segi KELAJUAN (velocity)

Bagi ahli fisioterapi, mereka hanya akan menggunakan gred 1-4 sahaja berbanding chiropractor yang menggunaan kelajuan gred 5.

Ahli fisioterapi dilatih untuk mengenalpasti pelbagai jenis keadaan atau kecederaan pesakit. Hal ini membolehkan ahli fisioterapi merawat masalah-masalah yang melibatkan kecederaan dan lemah otot.

Walaubagaimanapun, chiropractor hanya fokus pada masalah yang melibatkan tulang belakang semata-mata. Oleh sebab itu mereka tidak mempunyai pengetahuan untuk melihat masalah secara keseluruhan yang mungkin berkaitan dengan masalah yang dihadapi pesakit.

BOLEH KE SAYA NAK CUBA RAWATAN CHIROPRACTIC?

nak tahu beza physiotherapy dan chiropractic

Mesti lah boleh, kita kena ikhtiar pelbagai cara untuk sembuhkan masalah sakit kita kan. Cuma anda mesti pilih yang CERTIFIED SAHAJA. JANGAN PILIH Chiropractor non-qualified dan self-claim Master/chiropractor yg tidak certified…

Hati-Hati memilih perawat utk masalah sakit kita. Di MALAYSIA, ada 2 jenis chiropractor yang certified, iaitu:

  1. Chiropractic Degree IMU (The first and only chiro course in Malaysia)
  2. Certified overseas

Namun, Kebanyakan yg ada harini belajar dalam Short Courses(3-4 days only) dan paling lucu ada belajar dari pengalaman/orang sekeliling sahaja.

Adakah anda sedia tadah badan, untuk terima rawatan dari Master2 ini?

KESAN BURUK TERSILAP TEKNIK CHIROPRACTIC

Ingat! chiropractic adalah teknik joint/spine manipulation yg kebanyakan guna THRUST/ Grade 5 manipulation. Dengan kata lain, tekanan tinggi digunakan pada sendi dan tulang belakang.

Tap, jika non-qualified menggunalan teknik yg salah, angle thrust tidak tepat, tekanan melampau… boleh memberi kesan besar pada sistem saraf Tunjang dan lain2. Antara risiko lain:

  1. perbezaan physiotherapy dan chiropracticVertebral artery dissection(risiko stroke)
  2. Herniated disc/slip disc (pain, weakness, kebas di leher hingga tangan/kaki)
  3. Joint osteoarthritis (radangan sendi)

Memilih chiropractic sebagai rawatan sakit anda tidak ada masalah, tapi memilih perawat yg non qualified/self claim master itu yang bahaya…Tanya Dulu ya Selepas ni (Banyak Video Viral chiro hanya tunjuk sisi positif shj)

KONKLUSI

Akhir sekali, rawatan fisioterpi chiropractic adalah berbeza. Anda boleh mencuba kedua-duanya untuk ihktiar pulihkan masalah sakit anda. Cuma ingat, pilih chiroptactor yang qualified sahaja ya!

BACA JUGA: https: flexphysiotherapy.my/nak-tahu-tak-4-cara-merawat-sakit-belakang/

https://flexphysiotherapy.my/lower-back-pain-gejala-punca-dan-cara-pencegahan/

 

 

 

Leave a Reply