fbpx Skip to main content

Selalu sangat lah mengalami masalah sakit belakang hingga nak bernafas pun susah.

Atau bernafas sikit je. Ada rasa sakit belakang, tak kira lah sakit mencucuk ke menyegat ke. Siapa pernah kena macam ni? cuba bagitahu sikit.

Anda jangan keliru, baca ini satu per satu!

MACAM MANA SAKIT BELAKANG BERI KESAN PADA PERNAFASAN?

Sakit belakang ada kaitan ke dengan masalah pernafasan? Selalu mengalami masalah sesak nafas? Ada kaitan dengan masalah sakit belakang yang kronik ke?

Sebenarnya, sakit belakang juga turut memberi kesan kepada pernafasan seseorang. Ianya mengikut tahap sakit seseorang, sekiranya teruk ia mungkin menganggu dan memberi kesan kepada sistem pernafasan.

Pernah dengar tak orang-orang tua selalu mengadu “baru tarik nafas sikit sudah rasa menyengat di bahagian belikat. Tidak dapat tarik nafas dalam-dalam seperti selalu. Nafas jadi tersangkut.”

Tapi kenapa boleh jadi macam tu kan? Haaa, sekiranya berlaku situasi seperti di atas biasanya pesakit mengalami masalah sakit belakang yang agak teruk dan menurut pembacaan penulis ia mungkin disebabkan oleh masalah skoliosis.

back pain and short of breath

Kenali masalah sakit belakang anda. Ambil tahu dan jangan pandang mudah.

APA ITU SKOLIOSIS

Scoliosis sering dikaitkan dengan masalah tulang belakang membengkok secara berlebihan pada arah yang tidak betul.

Masalah ini dapat memberi tekanan yang lebih kepada paru-paru. Oleh itu ianya boleh membuatkan seseorang sukar dan sakit ketika bernafas.

Lihat gambar di bawah untuk gambaran mengenai masalah skoliosis

Baca info mengenai scoliosis: Ingat Sakit Badan Biasa Rupa-Rupanya Skoliosis

SAKIT LAIN BERKAITAN SAKIT BELAKANG DAN PERNAFASAN

  1. SERANGAN JANTUNG

Buang jauh-jauh anggapan bahawa orang yang berumur sahaja berisiko untuk mendapat serangan jantung. Kini orang muda pun boleh kena. Tak kira tua, tak kira muda.

simptom yang biasanya dialami pesakit serangan jantung adalah seperti sakit dada (rasa berat, ketat atau tertekan di bahagian tengah dada), sukar bernafas, lenguh tangan kiri, berpeluh, sakit ulu hati dan sakit tengkuk seperti rasa tercekik.

Bagaimanapun terdapat juga simptom lain seperti lengan di sebelah kiri, leher, dagu atau bahagian belakang terasa lemah atau kebas.

  1. OBESITI

Sebut je obesiti mesti orang selalu kaitkan dengan masalah kesihatan kan? Dan kebanyakkan penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan lain-lain, mesti orang akan cakap, “kuruskan sikit badan tu”

Obesiti menyumbang kepada banyak penyakit kronik yang boleh membawa kematian atau morbidity. Penyakit-penyakit ini boleh merendahkan kualiti hidup pesakit.

Antara penyakit-penyakit yang disebabkan oleh obesiti adalah penyakit hepatobiliary (fatty liver dan batu hempedu), dyslipidaemia (kolesterol tinggi), metabolic syndrome, sleep apnoea, penyakit jantung koronari, cerebrovascular disease, kegagalan jantung, osteoarthritis dan gout

  1. PATAH TULANG RUSUK

Umum kita tahu masalah patah tulang rusuk sering dikaitkan dengan kecederaan akibat pukulan dan hentakan di bahagian dada.

Contoh mudah berlakunya tulang rusuk patah adalah disebabkan jatuh, kemalangan jalan raya atau disebabkan kecederaan ketika bersukan.

Tulang rusuk terdiri daripada 12 pasang tulang pipih yang melingkari dada. Ia berfungsi untuk melindungi jantung dan paru-paru dari sebarang ancaman. Ia juga menjadi tempat terdapatnya otot-otot dada yang berperanan dalam pernafasan.

Jangan biarkan sakit belakang anda semakin teruk, saya nasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan anda sekiranya mengalami tanda-tanda semakin teruk atau hubungi saja kami untuk dapatkan konsultasi secara percuma dan peribadi. – FP

Apa perlu buat sekiranya mengalami masalah back painRawatan fisioterapi merupakan rawatan yang sangat bagus bagi menyelesaikan masalah sakit belakang.

Bukan sahaja masalah ini sahaja, fisioterapi juga dapat menguatkan otot, mengembalikan daya pergerakan anggota badan yang lumpuh atau kejang dan memperbaiki postur badan.


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Layari laman web Flex Physiotherapy sekarang!

Leave a Reply