fbpx Skip to main content
4 tips merawat teselih siku

Pernah tak anda atau ahli keluarga anda mengalami masalah siku terseliuh.

Dalam bahasa medikal, masalah ini disebut ‘elbow sprain’. Ianya berlaku apabila salah satu urat (ligament) yang menyokong bahagian siku itu terkoyak.

Atasi Masalah Siku Terseliuh Dengan Cara Ini

Bagaimanakah langkah-langkah untuk masalah tersebut?

Hari ini kami ajarkan senaman rengangan dan kekuatan untuk rawat siku seliuh.
Jom sama-sama kita lihat di bawah.

Jom kita mula

Senaman 1

Flexion dan Extension

Flexion dan Extension
  • Letakkan tangan anda di atas katil atau meja, lebihkan tapak tangan anda sedikit .
  • Ratakan tapak tangan anda dan angkat ke atas dan turun ke bawah.
  • Tahan selama 15 saat dan lakukan sebanyak 3 hingga 5 kali

Senaman 2

Regangan Pergelangan Tangan

regangan pergelangan tangan
  • Gunakan tangan bertentangan anda untuk memberi tekanan lembut di telapak tangan
  • Tarik ia ke arah anda sehingga anda merasakan regangan di bahagian dalam lengan bawah anda. Pegang regangan selama 15 saat.
  • Ulangi 5 kali, kemudian lakukan regangan ini pada lengan yang lain.

Senaman 3

Pronation dan Supination

  • Luruskan lengan dan genggam tangan anda rapat-rapat.
  • Pusingkan tangan anda ke kanan dan kiri.
  • Tahan selama 15 saat dan ulangi sebanyak 5 kali.

Senaman 4

Senaman Kekuatan Genggaman

senaman kekuatan genggaman
  • Genggam tangan menggunakan ‘fingger strengthener’ atau bola kecil.
  • Ulang senaman genggaman ini sebanyak 10 kali.
semoga bermanfaat

Siku Terseliuh Atau Sakit Siku Biasa?

Haaaa bukan kaki je boleh terseliuh, siku pun boleh terseliuh. Ikut senaman di atas sekiranya anda mengalami masalah yang sama.

Tapi macam mana nak tahu yang anda mengalami masalah siku terseliuh? Bukan sakit siku yang lainnya?

Leave a Reply