fbpx Skip to main content

Setakat nak mengajar anak pelajar apa lah yang susah sangat kan? Kerja senang je, duduk dan mengajar! Ye memang senang je kerja sebagai guru ni sampai boleh goyang kaki je kat sekolah kan?

Itu antara persepsi masyarakat kepada kerjaya seorang guru. Jangan lihat apa yang berlaku di sekolah sama dengan situasi yang digambarkan.

masalah utama untuk cikguNampaknya ramai yang tidak tahu dan sedar akan situasi sebenar di sekolah zaman sekarang. Sekarang tugas guru sangat mencabar, kena melaksanakan kokurikulum belum lagi dikira bab kelas tambahan petang, kelas tambahan malam. Aktiviti atau program hujung minggu dan sebagainya.

Pendek kata kalau nak disenaraikan bukanlah suatu kerja baik untuk di gembar-gemburkan. Sebaliknya tugas guru untuk mendidik anak bangsa sekarang sangat hebat. Tak pelik lah kan untuk jangka masa panjang guru-guru boleh mengalami masalah ini.

TIGA MASALAH UTAMA SEORANG GURU & KAKITANGAN SEKOLAH

  1. Sakit Belakang

Sakit belakang sangat berkait rapat dengan faktor pekerjaan. Biasa sebenarnya kalau seorang guru mengadu sakit belakang. Kerana, gaya hidup kita sehari-hari di tempat kerja menjadi penyumbang utama bagi masalah sakit belakang.

Sebab itu penting postur badan yang betul bagi seorang cikgu, postur yang salah menyebabkan ada nya tekanan pada otot2 dan “soft tissues”.

Postur badan ketika mengajar, duduk ketika menyiapkan laporan tugasan guru, ketika mesyuarat, dan berdiri dan berjalan pun kena ada postur badan yang betul.

Postur badan yang salah akan memberi beban kepada satu bahagian badan yang akan menyebabkan sakit pada bahagian belakang badan. Hal ini membawa kepada meningkatnya ketegangan dalam otot dimana kebanyakannya akan menyebabkan kesakitan.

Kesakitan ini biasanya boleh berlaku bersama-sama dengan sakit leher atau sakit bahu.

Baca artikel berkaitan: AWAS! 4 Punca Utama Masalah Sakit Pinggang Yang Anda Perlu Tahu, Nak Tahu Tak, 4 Cara Merawat Sakit Belakang?

  1. Sakit Lutut

Kenapa sakit lutut sinonim dengan cikgu? Cuba anda bayangkan ye, berada di sekolah bukan sekadar mengajar, tapi banyak kerja lain yang perlu dipandang. Seperti buat kerja pengkeranian, mengurus perpustakaan, mengurus pusat pembelajaran dan lain-lain. Tugas seorang guru bukanlah satu perkara yang mudah.

Itu satu aspek yang lainnya, berbalik kepada sakit lutut, bayangkan dengan banyak kelasnya, banyak bangunannya, banyak tingkatnya. Kerja seorang guru bukan statik dan duduk je ye.

Cikgu kena sentiasa naik turun tangga, tambah-tambah kalau ada hari jadualnya padat. Uishhh memang terkejar sana sini. Dari tingkat satu naik tingkat empat, turun balik tingkat dua. Tu belum cerita kena berdiri sepanjang kelas kan.

Lama-kelamaan rutin ini boleh menyebabkan masalah sakit lutut. Sebab itu tak pelik, untuk jangka masa panjang, banyak guru dan kakitangan sekolah mengalami masalah ini.

Baca juga: Sakit Lutut: Ketahui Punca Dan Rawatannya

  1. Sakit Bahu

Sakit bahu selalunya terjadi apabila anda banyak melakukan aktiviti melibatkan pergerakkan tangan dan sendi bahu. Tapi macam mana pula perkaitan dengan kerja seorang cikgu kan?

Sakit bahu mungkin kelihatan rendah dalam kalangan guru, tetapi kita tak boleh nak pandang mudah kerana cikgu juga banyak melakukan aktiviti melibatkan pergerakan yang banyak seperti menulis di papan putih, mengred kertas dan peperiksaan, terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum dan sebagainya.

Bahu merupakan anggota badan yang kompleks dan memerlukan pakar fisioterapi untuk menganalisa punca sakit tersebut sama ada dari tendon,ligament,otot,saraf, kapsul atau sendi bahu.

Tanpa rawatan pemulihan yang baik, sakit bahu akan semakin melarat dari masa ke masa. Akhirnya otot akan menjadi terlalu tegang dan mula terasa kebas yang mencucuk-cucuk. Jika dibiarkan berpanjangan, bahu akan mula keras (mampu angkat bahu ke paras leher sahaja) dan lemah.

peranan fisioterapi bagi masalah cikgu

SAKIT GURU X APA FISIOTERAPI BOLEH BANTU

Ramai dalam kalangan kita masih kurang sedar tentang kepentingan dan keberkesanan fisioterapi dalam memulihkan masalah sakit.

Orang kita selalu beranggapan bahawa fisioterapi hanyalah untuk orang kurang upaya dan mereka yang mengalami kemalangan. Dan ada juga yang menganggap tugas fisioterapi adalah sekadar senaman kekuatan badan.

Ini yang ada kena tahu sebenarnya, fisioterapi adalah pendekatan komprehensif kepada penjagaan kesihatan yang dijalankan jurupulih anggota untuk membantu pesakit mengembali dan memastikan setiap fungsi fizikal pesakit berada pada tahap optimum serta dapat difungsikan dengan sebaik mungkin.

Bukan itu sahaja, perkhidmatannya turut diberikan untuk menangani masalah pernafasan membabitkan paru-paru dan kahak, kecederaan ketika bersukan, ligamen terluka dan kecederaan otot.

Di samping itu, juga mampu merawat masalah patah dan terseliuh, ketidakupayaan seperti palsy dan distrofi otot, masalah sakit sendi, tulang belakang dan leher, persediaan sebelum dan selepas pembedahan, manipulasi tisu lembut serta elektroterapi untuk mengurangkan sakit, bengkak, selain mempercepatkan proses penyembuhan.

Terdapat pelbagai rawatan fisioterapi yang terbukti berkesan bagi merawat sakit belakang, sakit lutut dan sakit bahu. Para fisioterapis kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik.

Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami masalah ini, atau boleh hubungi kami untuk konsultasi percuma. tekan je pautan di bawah- FP

Layari laman web Flex Physiotherapy sekarang!

Leave a Reply